Menurut seksyen 1: Enakmen ini perlukan pemberitahuan dalam warta untuk mula berkuatkuasa.
Diwartakan pada 11 Februari 1999 untuk berkuatkuasa pada 1 Jun 1999.
Menurut seksyen 2: Erti unggas termasuk ayam, itik, ayam belanda, puyuh, merpati, ayam mutiara dan burung unta ........
Menurut seksyen 6(1):....... Memerlukan lesen untuk mengusahakan ladang unggas atau menjalankan ...........
Menurut seksyen 7: .......Menerangkan permohonan lesen menggunakan borang 'A' dalam jadual pertama.
6.1. Pelan Lokasi Cadangan Ladang.
a. Sempadan tanah.
b. Rekabentuk bangunan.
c. Lokasi tempat dengan jarak > 200 meter dari kediaman dan tempat ibadat bagi ladang lama dan > 500 meter bagi ladang ladang baru.
6.2. Salinan hakmilik tanah berkaitan.
6.3. Keizinan tuanpunya tanah jika tanah orang lain.
6.4. Salinan sah pendaftaran perniagaan ladang unggas, jika ada.
Menurut seksyen 9: Adalah satu kesalahan bagi mana-mana orang mengendalikan atau mencadangkan peladangan unggas tanpa satu lesen yang sah. Denda tidak lebih RM 10,000.00 tetapi tidak kurang daripada RM 5,000.00 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Menurut seksyen 10(1): Lesen tamat tempoh sahlaku pada 31 Disember tahun berkenaan. Seksyen 11: Menerangkan kehendak mematuhi terima dan syarat lesen. Denda RM 5,000.00 atau 6 bulan penjara atau
Kedua-duanya dan tambahan RM 5,000.00 bagi setiap hari kesalahan berterusan
dan lesen boleh dibatalkan.
Seksyen 14: Menerangkan pembaharuan lesen tidak kurang dari 3 bulan sebelum tamat lesen.
Seksyen 16: Kesalahan melepaskan sisa unggas atau sisa kumbahan unggas ke dalam sungai, anak sungai dan lain-lain.
Seksyen 17: Kesalahan melepaskan bau busuk dan tidak enak dari ladang.
Seksyen 18: Kesalahan membenarkan kawasan pembiakan lalat, serangga dan makhlok perosak.
Seksyen 23: Pegawai diberikan atau pegawai pelesen boleh menyita dan merampas hal perkara kesalahan.
Seksyen 28: Selain kesalahan seksyen 19 dan seksyen 20 semua
kesalahan lain di bawah enakmen ini
boleh dikompaun oleh Pengarah. Tempoh
tawaran kompaun tidak kurang RM 300.00.
| Syarat Permohonan Ladang Baru | Kadar Bayaran | Memperbarui Lesen | menu |