PEMBANGUNAN INDUSTRI TERNAKAN
PENDAHULUAN
Bahagian Pembangunan Industri Ternakan berfungsi untuk memberikan perkhidmatan runding cara, latihan serta bantuan infrastruktur, mesin dan ternakan bagi pengusaha penternakan baik yang akan memulakan projek atau pun yang telah melaksanakan.
Mealui perkhidmatan ini pengusaha penternakan akan dapat dibentuk serta dikembangkan kepada penternak komersial yang bersistematik, mengarah kepada perniagaan dan mematuhi GAHP (Good Animal Hubandary Pratices) yang telah dirangka oleh Jabatan.
Sebanyak RM 2.7 juta telah dibelanjakan di bawah Rancangan Malaysia ke 8 bagi membangunkan industri ternakan di daerah ini dan di dalam Rancangan Malaysia ke 9 pihak Jabatan telah mensasarkan seramai 280 orang penternak untuk dibangunkan sebagai pengusaha komersial.
LATARBELAKANG
Daerah Segamat adalah merupakan salah satu daripada kawasan TAC (Target Area Consentrariori) atau Kawasan Tumpuan sasaran bagi ternakan ruminan iaitu lembu, kambing dan bebiri yang diternak secara bersepadu dan bersistematik di ladang-ladang tanaman kekal kelapa sawit dan getah. Ini lebih kurang 90 % daripada ternakan ruminan yang diternak di daerah ini adalah diusahakan di dalam kawasan TAC (seluas lebih kurang 20,000 hektar).
Komoditi utama daerah segamat adalah ternakan unggas iaitu ayam pedaging, penelur dan ayam kampong. Terdapat 52 ladang ternakan unggas di daerah ini yang telah dilesenkan di bawah Enakmen Kawalan dan Pelesenan Penternak Unggas 1987.
|
BIL |
KOMODITI TERNAKAN | POPULASI (EKOR) |
|
1 |
Ayam Pedaging Ayam Penelor Ayam Kampong Itik Puyuh Lembu Pedaging Lembu Tenusu Kerbau Kambing / Bebiri Khinzir |
8,842,370 |
Di daerah Segamat juga pihak Jabatan menyediakan kemudahan kawasan padang ragut bagi pengusaha yang tidak mempunyai kawasan yang mencukupi untuk menjalankan projek ternakan. Pihak Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Johor mempunyai 12 kawasan padang ragut seluas 995 hektar di daerah ini yang sebahagiannya telah diusahakan oleh pengusaha penternak.
KAWASAN TANAH RIZAB PADANG RAGUT
JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN NEGERI JOHOR
| BIL | NAMA PADANG RAGUT | MUKIM | NO.LOT | KELUASAN (HA) |
|
1 |
Peta Temalik Juaseh / Redong Bangas Tungku Tiga Tebing Tinggi Pogoh 2 Pogoh 3 Jejah Bukit Mentaus Pudu Kuing Patah Kepoh |
Labis Labis Sermin Sg.Segamat Jementah Pogoh Pogoh Jementah Gemereh Gemas Buloh Kasp Labis |
2004 |
104.80 |
|
Jumlah Keseluruhan |
995.04 |