KESIHATAN TERNAKAN DAN
KESIHATAN AWAM VETERINAR
Bahagian Kesihatan Ternakan dan Kesihatan Awam Veterinar berfubgsi untuk mencegah, mengawal serta membasmi penyakit-penyakit ternakan dan zoonotik (penyakit ternakan yang dapat menjangkiti manusia). Program-program yang dijalankan oleh Perkhidmatan Haiwan Daerah bagi mencegah penyakit-penyakit ini adalah :-
1. Kawalan import dan
eksport ternakan.
2. Kawalan penyakit melalui ujian saringan penyakit.
3. Kawalan penyembelihan ternakan.
4. Survelan di ladang dan pintu masuk ke daerah / negeri.
5. Vaksinasi ternakan.
6. Rawatan penyakit dan ambulotori.
7. Penguatkuasaan.
Selain daripada program ini Bahagian Kesihatan juga menjalankan program-program khidmat nasihat serta perkhidmatan Klinik Veterinar bagi rawatan, vaksinasi serta kemili bagi haiwan kesayangan.