Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 13 Enakmen Memelihara Babi 1975, Raja-dalam-Majlis dengan ini membuat Kaedah-kaedah berikut:
Kaedah-kaedah ini boleh dinamakan Kaedah-kaedah (Melesen) Babi, 1977 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 1 Jun, 1977
Ada 14 Seksyen.
Menurut subseksyen 3(1): Tiada seorang pun boleh memelihara babi ..... dengan tidak lebih dahulu mendapat lesen dari pada pegawai pelesen.
Menurut subseksyen 3(3): lesen yang dikeluarkan pada sesuatu tahun akan berakhir sebelum pada akhir tahun ianya dikeluarkan.
Menurut subseksyen 4(2): kandang-kadang tersebut tidak boleh didirikan dalam kawasan dua rantai daripada kawasan rumah kediaman atau kawasan bangunan untuk kegunaan seorang islam atau tempat yang boleh menyebabkan kekotoran kepada perigi, sungai .......
Menurut seksyen 6: Apabila pegawai pelesen mempunyai sebab yang munasabah disyaki ...... kesalahan .....enakmen ini .......boleh merampas sebarang babi yang menjadi punca kesalahan itu dan boleh memindah dan menjual babi ..... disembelih.
Menurut seksyen 7: Hasil jualan menurut seksyen 6 selepas ditolak semua belanja akan dipegang oleh pegawai pelesen sehingga tuntutan dibuat oleh tuannya.
Menurut seksyen 11: Sebarang kesalahan di bawah enakmen ini atau gagal mematuhi syarat lesen yang dikeluarkan boleh didakwa dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebehi RM 5,000.00 atau penjara tidak melebehi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
Menurut seksyen 13: Raja dalam majlis boleh mengistiharkan dalam warta
peraturan-peraturan yang dipanggil kaedah-kaedah melesen.
(Sila lihat kaedah-kaedah melesen 1977).
| Syarat | Permohonan | Senarai Semak | Kadar Bayaran | Back | Menu |