Ordinan Binatang 1953 Seksyen 38 (1)

"TIADA SESIAPA BOLEH MEMPUNYAI,  MENYIMPAN, MELINDUNGI ATAU MENYELENGGARA SEBARANG JENIS ANJING YANG BERUMUR MELEBIHI 3 BULAN
KECUALI ANJING ITU DILESENKAN".

Cara Mendapatkan Lesen Anjing  :

  Dapatkan borang permohonan lesen anjing di Pejabat    Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran.

  Bawa bersama kad pengenalan, sekiranya pemohon tidak dapat hadir, salinan kad pengenalan pemohon hendaklah dibawa bersama oleh wakilnya.

  Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dibawa bersama dengan anjing yang hendak dilesenkan bagi tujuan pemeriksaan kesihatan. Sekiranya anjing tersebut telah diperiksa oleh mana-mana Doktor Swasta yang bertauliah memadai dengan Sijil Kesihatan Veterinar sahaja.

  Bagi anjing yang baru diimpot mestilah dilesenkan  dalam   tempoh 14 hari.


 

Perundangan Bayaran Lesen Anjing Menu