Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Johor telah ditubuhkan pada tahun 1910. Pada masa itu ianya dianggotai oleh Pembantu Inspektor Veterinar. Beliau adalah di bawah pengawasan Pegawai Perubatan yang berpusat di Singapura.
Pada tahun 1918, JPH dipindahkan pengawasannya di bawah Pegawai Haiwan Singapura, Dr P.S. Falshaw yang melawat Negeri Johor seminggu sekali, pada tahun yang sama, En.Birchee mula memegang jawatan Inspektor Veterinar.
Pada tahun 1920 Y. M. Tengku Abu Bakar Ibni Almarhum Sultan Ibrahim telah menjawat jawatan Pegawai Haiwan Negeri Johor dan jabatan telah diuruskan sebagai satu jabatan tersendiri di Negeri Johor.
Pada tahun 1940, industri ayam/itik, ' hatcheries ' dan pengeluaran telur mula diberi galakan kepada rakyat.
Pameran 'ternakan hidup' dipamerkan buat kali pertamanya di Negeri Johor pada tahun 1936.
Pada zaman dahulu, perkhidmatan haiwan sukar dijalankan disebabkan komunikasi yang kurang baik. Tiada jalan raya selepas 10-15 batu dari pusat bandar. Untuk ke Batu Pahat dan Muar ia perlu menaiki bot melalui Singapura.
Aktiviti Utama Jabatan pada masa itu adalah di dalam kegiatan kawalan penyakit haiwan, Kesihatan Awam Veterinar berkaitan dengan penyembelihan dan Perkhidmatan Kuarantin kerana pengimportan ternakan yang tinggi dan pencegahan penganiayaan ke atas haiwan.
| Visi | Misi | Objektif | Piagam | Menu |